mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2023: CELIK IT – AMAL BINTI HALIM

MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KOMPUTER DI PEDi

Nama : Amal binti Halim
Umur : 23 tahun
Ahli : 11 Januari 2023

 

Latar belakang

Cik Amal telah menjadi ahli PEDi Pekan Padang Sera pada 11 Januari 2023.  Beliau datang ke PEDi untuk menggunakan komputer untuk memohon pekerjaan.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum beliau didedahkan dengan perkhidmatan PEDi, beliau hanya menggunakan telefon bimbit untuk memohon pekerjaan. 

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Beliau telah menyertai kelas penyediaan resume di PEDi dan menggunakan perkhidmatan komputer untuk mengakses dan memohon pekerjaan secara atas talian.