mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2022: CELIK IT- Nur Fasihah Hamizah Binti Mt Noor

MENGGUNAKAN ALATAN KOMPUTER UNTUK MELAYARI PORTAL CARIAN PEKERJAAN

Nama : Nur Fasihah Hamizah Binti Mt Noor
Umur : 21 tahun
Ahli : Mei 2022

 

Latar belakang

Cik Nur Fasihah Hamizah telah menjadi ahli PEDi Pekan Padang Sera pada 27 Mei 2022.  Beliau datang ke PEDi untuk menggunakan alatan komputer dan menggunakan kemudahan peralatan komputer yang disediakan di PEDi untuk melayari internet mencari jawatan kosong dilaman SPA dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum beliau didedahkan dengan ICT, beliau tidak mahir menggunakan tetikus untuk klik mencari jawatan kosong yang diiklankan dilaman sesawang.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Petugas PEDi membantu dan mengajar beliau cara-cara melayari portal-portal dan laman-laman sesawang yang lain bagi membantu beliau mencari peluang pekerjaan yang diklankan di dalam internet. Selain itu, petugas juga menasihati beliau supaya berhati-hati mencari pekerjaan kerana banyak juga penipuan yang diberikan di dalam internet. Petugas menasihati beliau supaya menyemak terlebih dahulu sebelum memberi maklumat peribadi. Kini beliau sederhana mahir dalam penggunaan komputer.