mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2022: CELIK IT- Syahirah Binti Sazale

MENGGUNAKAN ALATAN KOMPUTER DAN MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD UNTUK MENAIP SURAT RASMI

Nama : Syahirah Binti Sazale
Umur : 14 tahun
Ahli : Julai 2022

 

Latar belakang

Cik Syahirah telah menjadi ahli PEDi Pekan Padang Sera pada 19 Julai 2022.  Beliau datang ke PEDi untuk menggunakan alatan komputer dan menggunakan Microsoft Office Word untuk belajar membuat surat rasmi.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum beliau didedahkan dengan ICT, beliau tidak mahir menggunakan peralatan komputer seperti tetikus untuk klik untuk membuka file Miscosoft Office Word.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan ICT dan asas komputer yang dibimbing oleh petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Padang Sera, beliau kini telah mahir dalam menggunakan peralatan komputer iaitu tetikus dan menggunakan Microsoft Office Word untuk membuat surat rasmi.