MENGGUNAKAN ALATAN KOMPUTER DAN MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD
Nama | : Muhammad Akmal Danial bin Hamizan |
Umur | : 12 tahun |
Ahli | : 2023 |
Latar belakang
Muhammad Akmal Danial Bin Hamizan menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Padang Sera pada 1 Januari 2023. Pertama kali datang ke PEDi beliau di perkenalkan berkaitan asas perkakasan komputer. Beliau sering datang ke PEDi pada setiap cuti mingguan.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Sebelum beliau didedahkan dengan ICT beliau tidak mahir menggunakan peralatan komputer seperti penggunaan tetikus dan beliau juga tidak mengetahui apa-apa berkaitan peralatan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan ICT dan asas komputer yang dibimbing oleh petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Padang Sera, beliau kini telah mahir dalam menggunakan peralatan komputer iaitu tetikus dan menggunakan Microsoft Office Word untuk membuat surat rasmi, membuat jadual kelas dan lain-lain lagi. Setiap minggu cuti sekolah beliau akan datang ke PEDi untuk mengikuti kelas-kelas yang diadakan oleh petugas.