Puan Nasziah merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan perkhidmatan suprise delivery.
Beliau merasakan perniagaan ini boleh dijalankan dengan mudah tanpa modal yang besar. Selain ini dengan adanya kemajuan dari segi penggunaan internet membolehkan beliau menggunakan memudahkan tersebut untuk memasarkan produknya secara atas talian.
Pertama kali datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Padang Sera beliau diperkenalkan dengan penggunaan komputer. Petugas memberi penerangan berkaitan manfaat NADI untuk membantu beliau dalam meningkatkan lagi kemahiran. Walaupun kekangan masa belia mengambil peluang untuk belajar menggunakan komputer dan hadirkan diri secara persendirian untuk menggunakan perkhidmatan di NADI.
Anatara kelas yang beliau hadir ialah kelas membuka akaun Facebook Page, suntingan gambar dan cara tangkap gambar produk serta kelas menulis ayat-ayat untuk memasarkan produk di dalam status Whatapp dan Facebook.