Puan Rosmazlini merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan pemprosesan kerepek pisang tanduk yang dijual secara borong kepada peniaga kerepek.
Projek perniagaan kerepek pisang tanduk ini telah dimulakan sejak April 2021 dimana negara kita sedang dilanda wabak Covid-19 dan beliau juga terkesan dengan keadaan perintah kawalan pergerakkan pada masa itu. Pada awalnya beliau hanya memulakan perniagaan bermodalkan RM 1000. Beliau merasakan perniagaan ini boleh dijalankan dengan mudah tanpa modal yang besar disamping dengan kemudahan teknologi dan internet pada masa kini yang dapat membantu untuk mempromosikan produk beliau. Akan tetapi beliau tidak mahir menggunakan kemudahan internet dan komputer. Oleh sebab itu, beliau telah mengambil inisiatif untuk belajar dan menuntut ilmu berkenaan internet dan penggunaan komputer. Beliau berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Padang Sera dan mendapatkan bantuan petugas untuk menghadiri kelas yang disediakan PEDi bagi membolehkan beliau menjalankan perniagaan secara atas talian tersebut.. Antara kelas yang beliau hadiri ialah kelas membuat membuka akaun shopee dan kelas menulis ayat-ayat untuk memasarkan produk di dalam status Whatapp . sebagai asas bagi permulaan untuk memasarkan perniagaanya. Dengan ini dapat menambah liputan atau lebih pelanggan tidak terhad kepada kenalan sahaja. Setelah memasukkan dan memasarkan produk ke dalam facebook dan aplikasi WhatApps beliau memdapat lebih banyak tempahan. Dengan bantuan PEDi beliau dapat menjalankan perniagaan secara atas talian yang lebih mudah dan efisien. Walau bagaimanapun produk beliau melalui akaun Shopee hanya mendapat view daripada pelanggan.