IPD Kubang Pasu
IPD Kubang Pasu terletak di Jalan Changloon, Jitra, Kedah. Jarak IPD Kubang Pasu dari Pekan Padang Sera ialah 19.2km dan mengambil masa 22 minit.
Balai Polis Kodiang di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Kedah. Balai tersebut bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan lima buah pekan kecil yang mengandungi 70 buah kampung serta 12 taman perumahan rakyat. Bagi tujuan tersebut, sebanyak tiga buah pondok polis diletakkan di bawah pentadbirannya iaitu Pondok Polis Batu 4 Jalan Sanglang, Pondok Polis Padang Sera dan Pondok Polis Megat Dewa. Kini, Balai Polis Kodiang diketuai oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan dengan dibantu 20 Pegawai Rendah Polis pelbagai pangkat. Jarak Balai Polis Kodiang dari Pekan Padang Sera ialah 5.2 km dan mengambil masa 6 minit.