Puan Hasmida merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan perkhidmatan urutan dan penjagaan wanita selapas bersalin.
Beliau merasakan perniagaan ini boleh dijalankan dengan mudah tanpa modal yang besar. Selain ini dengan adanya kemajuan dari segi penggunaan internet membolehkan beliau menggunakan memudahkan tersebut untuk memasarkan perkhdimatan secara atas talian.
Pertama kali datang ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Padang Sera beliau diperkenalkan dengan penggunaan komputer. Petugas memberi penerangan berkaitan manfaat PEDi untuk membantu beliau dalam meningkatkan lagi kemahiran. Walaupun kekangan masa belia mengambil peluang untuk belajar menggunakan komputer dan hadirkan diri secara persendirian untuk menggunakan perkhidmatan di PEDi.
Anatara kelas yang beliau hadir ialah kelas membuka akaun Shopee, suntingan gambar dan cara tangkap gambar, serta kelas menulis ayat-ayat untuk memasarkan perkhidmatan di dalam status Whatapp dan Facebook.
Untuk membuat sebarang tempahan boleh klik link dibawah:
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=61550955246029