Kedai ini terletak di bagunan pasar awam Kodiang kira-kira 5.4 kilometer daripada PEDi Pekan Padang Sera. Menu yang paling popular adalah daging bakar. Di samping itu, terdapat juga menu-menu lain seperti nasi daging dan pelbagai jenis lauk pauk. Waktu operasi seawal jam 8.00 pagi- 12.30 tengah hari dan cuti pada hari Sabtu.