Kedai ini terletak di Pekan Padang Sera kira-kira 800 meter daripada PEDi Pekan Padang Sera. Menu yang paling popular adalah mee rebus. Di samping itu, terdapat juga menu-menu lain seperti mee goreng dan kuetiau goreng. Dalam proses memasak mereka menggunakan arang kayu yang akan memberikan aroma kepada makanan.