Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar Pekan Padang Sera yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:
Bukit Kodiang
Bukit Kodiang atau dikenali sebagai Bukit Mokcun terletak di Kampung Kandis, Kodiang. Bukit ini berketinggian 140m. Kemudahan seperti tandas juga disediakan. Terdapat juga “homestay” yang berdekatan untuk para pendaki yang datang dari jauh untuk menginap disini.
(Sumber : Majlis Daerah Kubang Pasu)