MENGGUNAKAN ALATAN KOMPUTER DAN E-TUISYEN
Nama | : Muhammad Syarhan bin Mohd Zaireey |
Umur | : 11 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Muhammad Syarhan bin Mohd Zaireey menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Padang Sera pada 26 Disember 2022. Pertama kali datang ke PEDi beliau di perkenalkan berkaitan asas perkakasan komputer. Disebabkan beliau tidak mempunyai telefon pintar, beliau sering datang ke PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
ebelum beliau didedahkan dengan ICT beliau tidak mahir menggunakan peralatan komputer seperti penggunaan tetikus dan beliau juga tidak mengetahui apa-apa berkaitan peralatan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan ICT dan asas komputer yang dibimbing oleh petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Padang Sera, beliau kini telah mahir dalam menggunakan peralatan komputer iaitu tetikus dan menggunakan Microsoft Office Word untuk membuat surat rasmi dan lain-lain lagi. Setiap minggu cuti sekolah beliau akan datang ke PEDi untuk mengikuti kelas-kelas yang diadakan oleh petugas. Beliau juga merupakan peserta etuisyen di NADI.