mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2024: Celik IT – MUHAMMAD HAZIM BIN ZAMZURI

MENGGUNAKAN ALATAN KOMPUTER 

Nama : Muhammad Hazim bin Zamzuri
Umur : 13 tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

Muhammad Hazim bin Zamzuri menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Padang Sera pada 28 Julai 2023. Pertama kali datang ke PEDi beliau di perkenalkan berkaitan asas perkakasan komputer. Disebabkan beliau tidak mempunyai telefon pintar, beliau sering datang ke PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

ebelum beliau didedahkan dengan ICT beliau tidak mahir menggunakan peralatan komputer seperti penggunaan tetikus dan beliau juga tidak mengetahui apa-apa berkaitan peralatan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan ICT dan asas komputer yang dibimbing oleh petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Padang Sera, beliau kini telah mahir dalam menggunakan peralatan komputer iaitu tetikus dan menggunakan Microsoft Office Word untuk membuat surat rasmi dan lain-lain lagi. Setiap minggu cuti sekolah beliau akan datang ke PEDi untuk mengikuti kelas-kelas yang diadakan oleh petugas.