MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KOMPUTER DI PEDi
Nama | : Amal binti Halim |
Umur | : 23 tahun |
Ahli | : 11 Januari 2023 |
Latar belakang
Cik Amal telah menjadi ahli PEDi Pekan Padang Sera pada 11 Januari 2023. Beliau datang ke PEDi untuk menggunakan komputer untuk memohon pekerjaan.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Sebelum beliau didedahkan dengan perkhidmatan PEDi, beliau hanya menggunakan telefon bimbit untuk memohon pekerjaan.
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Beliau telah menyertai kelas penyediaan resume di PEDi dan menggunakan perkhidmatan komputer untuk mengakses dan memohon pekerjaan secara atas talian.