mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2023: CELIK IT – PUTERI ANIS FARISHA

MENGGUNAKAN ALATAN KOMPUTER DAN MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD

Nama : Puteri Anis Farisha
Umur : 13 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Puteri Anis Farisha menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Padang Sera pada 29 Disember 2023. Pertama kali datang ke PEDi beliau di perkenalkan berkaitan asas perkakasan komputer. Beliau sering datang ke PEDi pada setiap cuti mingguan. 

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum beliau didedahkan dengan ICT beliau tidak mahir menggunakan peralatan komputer seperti penggunaan tetikus dan beliau juga tidak mengetahui apa-apa berkaitan peralatan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan ICT dan asas komputer yang dibimbing oleh petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Padang Sera, beliau kini telah mahir dalam menggunakan peralatan komputer iaitu tetikus dan menggunakan Microsoft Office Word untuk membuat surat rasmi, membuat jadual kelas dan lain-lain lagi. Setiap minggu cuti sekolah beliau akan datang ke PEDi untuk mengikuti kelas-kelas yang diadakan oleh petugas. Disamping itu, beliau selalu menggunakan perkhidmatan PEDi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sekolah beliau.